Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, kita telah mendengar akan mengenai desas-desus mengatakan Android N akan mematikan sokongan talam aplikasi. Seperti ramai sedia maklum, pelbagai pengeluar Android sedia tidak menyertakan talam aplikasi, dan kini Samsung turut menguji perkara lebih kurang sama melalui Galaxy Labs pada Galaxy S7.

Samsung Galaxy Labs

Samsung Galaxy Labs

Pada telefon pintar Samsung Galaxy S7, pihak Samsung menyertakan sebuah pilihan baru yang dinamakan sebagai Galaxy Labs. Melalui Galaxy Labs, pengguna boleh memilih untuk menyertainya dan menguji pelbagai fungsi baru sebelum ia dilancarkan kepada umum.

Samsung Galaxy Labs

Salah satu perkara yang diuji adalah sokongan mematikan talam aplikasi, dan memaparkan semua aplikasi pada skrin utama. Ini membuatkan anda perlu menatal ke kanan untuk melihat koleksi aplikasi yang turut disusun bersama widget.

Disamping fungsi berkenaan, Samsung turut menguji satu lagi fungsi yang memudahkan pengguna untuk membuat panggilan dengan pantas kepada rakan terdekat mereka.

Samsung Galaxy Labs

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd