Acer Memperkenalkan Jade 2 Dan Zest Dengan Sokongan GameZone

Acer Memperkenalkan Jade 2 Dan Zest Dengan Sokongan GameZone

Diterbitkan pada Feb 22, 2016 oleh .

Acer hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah penawaran telefon pintar mampu-milik mereka, iaitu Jade 2 dan juga Acer Zest. Kedua-duanya dilihat memfokuskan kepada sokongan permainan video melaluinya.

Acer Jade 2 hadir dengan skrin bersaiz5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 808, memori 3GB RAM, dan sokongan kamera belakang 21-megapixel serta kamera hadapan 8-megapixel.

Acer Jade 2

Acer Jade 2

Acer Jade 2

Acer Jade 2

Acer Zest pula hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, cip pemprosesan empat-teras, dan turut dilengkapi sokongan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Acer Liquid Zest

Acer Liquid Zest

Acer Liquid Zest

Acer Liquid Zest

Acer Liquid Zest

Kedua-dua telefon pintar ini disokong dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, dan turut menawarkan sokongan audio yang baik melalui kerjasama dengan pihak DTS Surround Sound.

Kedua-dua telefon pintar ini juga turut menawarkan sebuah fungsi khusus dinamakan sebagai GameZone, dimana pengguna boleh mengaktifkan fungsi seperti mengelak gangguan notifikasi, mengoptimasikan peranti dan pada masa yang sama merakamkan permainan menggunakannya.

Acer dijangka memasarkannya secara berperingkat di beberapa buah negara bermula bulan April kelak.


TIPS & ULASAN