Kaspersky Cleaner Menawarkan Kemudahan Untuk Anda Membersihkan Sistem Komputer Anda

Kaspersky Cleaner Menawarkan Kemudahan Untuk Anda Membersihkan Sistem Komputer Anda

Diterbitkan pada Feb 22, 2016 oleh .

Kaspersky merupakan penyedia perkhidmatan antivirus yang popular di seluruh dunia, dan terkini, mereka menguji sebuah perisian ringkas mereka untuk pengguna Windows, dinamakan sebagai Kaspersky Cleaner.

Kaspersky Cleaner menawarkan kemudahan untuk pengguna membuang dan membersihkan sistem komputer mereka daripada pelbagai perkara yang tidak digunakan – sekaligus menjadikan komputer anda beroperasi dengan lancar serta mendapatkan ruangan tambahan dengan membuang fail-fail yang tidak digunakan.

Kaspersky Cleaner

Jika anda tidak biasa, salah satu perisian popular daripada kategori yang sama adalah CCleaner. Kaspersky Cleaner ini boleh dikategorikan sebagai versi yang sangat asas jikalau dibandingkan dengan CCleaner yang menawarkan penggunaan antaramuka yang lebih mudah difahami dan dipilih apa yang ingin dibuang.

Kaspersky Cleaner ini masih pada peringkat beta lagi buat masa ini, dan sekiranya anda berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri Kaspersky Cleaner ini pada komputer anda.

Muat-Turun Kaspersky Cleaner


TIPS & ULASAN