Haier Watch Dilancarkan – Sebuah Lagi Jam Tangan Pintar Bergaya

Haier Watch Dilancarkan – Sebuah Lagi Jam Tangan Pintar Bergaya

Diterbitkan pada Feb 22, 2016 oleh .

Apakah jam tangan pintar paling bergaya di pasaran sekarang? Kami merasakan Huawei Watch dengan mudah memegang gelaran ini kerana rekaannya yang kelihatan amat mewah dan kelihatan seperti jam tangan analog. Haier, sebuah jenama yang sering kita kaitkan dengan televisyen baru sahaja melancarkan jam tangan pintar mereka Haier Watch. Ia nampak amat bergaya dengan peranti diperbuat sepenuhnya daripada logam. Terdapat tiga pilihan tali jam iaitu kulit, logam dan silikon.

Huawei-Watch-1Haier Watch mempunyai skrin bulat 1.4″ 400×400 pixel, RAM sebesar 1 Gigabyte dan muatan dalaman 8 Gigabyte. Maklumat mengenai pemproses masih belum diketahui. Jam tangan pintar ini menggunakan sistem operasi Android yang diubah suai dan bukannya Android Wear. Seperti jam tangan pintar lain di pasaran, Haier Watch mempunyai pengimbas nadi, accelerometer dan pedometer terbina. Terdapat tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan perak.

Huawei-Watch-2


TIPS & ULASAN