Perkhidmatan Skype Qik Akan Ditamatkan Pada 24 Mac 2016

Perkhidmatan Skype Qik Akan Ditamatkan Pada 24 Mac 2016

Diterbitkan pada Feb 23, 2016 oleh .

Pada 2014 yang lepas, Skype telah memperkenalkan sebuah aplikasi permesejan video yang dinamakan sebagai Qik. Melaluinya, pengguna boleh menghantar mesej video sehingga 42 saat, dan ia akan dipadam selepas tempoh lebih kurang dua minggu.

Skype Qik

Kini, dengan Skype sendiri yang telah menyertakan sokongan permesejan video melaluinya, selain turut telah mula memperkenalkan sokongan panggilan video berkumpulan – Microsoft melihat aplikasi Qik tidak lagi berguna dan telah mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi Skype Qik mereka pada 24 Mac 2016 kelak.

Jika anda mempunyai sebarang mesej yang ingin disimpan, mungkin boleh membuat salinannya pada hari ini, sebelum ia hilang begitu sahaja pada perkhidmatan Qik selepas tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN