Cari @ Amanz

Sehingga kini, sekiranya ingin mencuba aplikasi WhatsApp Beta untuk Android, pengguna perlu memuat-turun aplikasinya dalam bentuk APK dan memasangnya secara manual pada peranti mereka. Kini, ia berubah dan pada masa yang sama memudahkan pengguna, apabila WhatsApp melancarkan program beta mereka secara rasminya melalui Google Play Store.

WhatsApp Link Preview

Melalui program beta pada Play Store, pengguna yang menyertainya boleh menerima kemaskini versi beta terkini secara terus, dan tidak lagi perlu memasang setiap versi secara manual.

Bagi anda yang berminat, boleh menyertai program beta WhatsApp Messenger dengan ke halamannya di Google Play Store – dan berpeluang untuk mencuba beberapa fungsi sebelum ia dilancarkan secara rasminya kepada semua pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd