Carian
Nokia Mengesahkan Perancangan Untuk Kembali Ke Arena Peranti Mudah-Alih
February 23, 2016 Aman

Nokia merupakan salah satu jenama yang tidak boleh dilupakan ramai dalam arena peranti mudah-alih. Pada MWC 2016 kali ini, mereka telah hadir memperlihatkan beberapa teknologi rangkaian mereka memfokuskan 5G, selain pada masa yang sama mempertontonkan kamera realiti-maya mereka.

Nokia juga turut mengambil peluang untuk berkongsi perkembagan syarikat mereka, dan ketika itu, CEO Nokia dipetik mengatakan mereka mempunyai perancangan untuk hadir dengan peranti mudah-alih.

Walaubagaimanapun, masih tiada latar masa untuknya, dan Nokia sendiri tidak tergesa-gesa untuknya buat masa ini. CEO Nokia mengatakan mereka mungkin kembali dengan peranti mudah-alih Nokia pada tahun 2016, ataupun mungkin juga selepas itu.

Nokia 3310

Nokia sebelum ini memegang arena peranti mudah-alih sejak tahun 1990, tetapi menghadapi masalah dalam persaingan peranti pintar. Pada tahun 2014, mereka telah menjual bahagian peranti kepada Microsoft, bersama-sama beberapa hak berkaitan.

Pada masa yang sama, CEO Nokia menekankan yang mana mereka sedang mencari rakan kerjasama yang baik untuk tujuan tersebut. Nokia yang telah mengambil-alih Alcatel-Lucent kini lebih memfokuskan pembangunan teknologi rangkaian, dan mereka ingin melihat kepada rakan kerjasama untuk melesenkan jenama Nokia. Ini bermakna, walaupun menggunakan jenama Nokia, tetapi ia mungkin tidak dibangunkan dan dipasarkan pihak Nokia.

Komen