Telefon Pintar Tahan Lasak Panasonic Toughpad FZ-N1 & FZ-F1 Dilancarkan

Telefon Pintar Tahan Lasak Panasonic Toughpad FZ-N1 & FZ-F1 Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 23, 2016 oleh .

Peranti tahan lasak CAT S60 baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lalu dan menurut CAT ialah telefon pintar paling tahan lasak di pasaran. Ia dilengkapi pengimbas infra merah dan direka untuk kegunaan industri pembinaan. Panasonic juga tidak mahu ketinggalan menghasilkan peranti tahan lasak mereka sendiri. Toughpad FZ-N1 dan FZ-F1 ialah dua peranti pintar Android dan Windows 10 Mobile yang tahan lasak seperti CAT S60.

Panasonic-Toughpad-FZ-N1-2

Kedua-dua peranti mempunyai skrin tahan retak 4.7″ IPS LCD 720P, diperkasakan pemproses 2.3GHz empat teras Snapdragon 801, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kemampuan optik ialah kamera utama 8 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3200 mAh disertakan dengan kemampuan pengecasan pantas. Pek bateri tambahan 6200 mAh turut disertakan bagi memastikan ia beroperasi sepanjang hari. Peranti ini diuji untuk menahan hentakan terjatuh dari ketinggian 6 kaki dan melepasi ujian 3000 kali dijatuhkan dari ketinggian 3 kaki. Ia mematuhi piawaian kalis air IP68 dan MIL STD 810G. Jika CAT S60 mempunyai kamera infra merah, dua peranti Toughpad ini dilengkapi pengimbas kod bar terbina. Harga jualan kedua-dua peranti ini pula ialah $1500 (~RM 6274) sebuah. Harga yang amat mahal untuk peranti denagn spesifikasi lama tetapi yang pasti jika anda mahukan peranti yang mampu menahan “deraan” pengguna, inilah peranti yang anda harus miliki.

Panasonic-Toughpad-FZ-N1-1


TIPS & ULASAN