Dendrobium – Kereta Elektrik Ekstrim 1500 Kuasa Kuda Buatan Singapura

Dendrobium – Kereta Elektrik Ekstrim 1500 Kuasa Kuda Buatan Singapura

Diterbitkan pada Feb 23, 2016 oleh .

Singapura bukan negara yang mempunyai sejarah penghasilan kenderaan nasional seperti Malaysia. Untuk memiliki kenderaan di Singapura juga adalah satu kemewahan kerana harga cukai dan COE (Certificate of Entitlement) yang tinggi. Tidak mengejutkan ini adalah faktor mengapa penduduk Kota Singa lebih selesa menggunakan pengangkutan awam. Sungguhpun begitu ini tidak menghalang Singapura dari menghasilkan kenderaan elektrik ekstrim dengan 1500 kuasa kuda yang diberi nama Dendrobium, sempena nama spesis bunga orkid. Kenderaan ini dihasilkan oleh Vanda Electric dan menerima bantuan kepakaran Williams Advance Engineering yang terkenal di arena sukan F1.

Dendrobium 2Kenderaan elektrik ekstrim ini menggunakan sepenuhnya kuasa elektrik dan mampu mencapai kelajuan maksimum 400 kilometer sejam dan bergerak sejauh 400 kilometer sebelum perlu dicas semula. Kenderaan akan dibina menggunakan aluminium dan karbon bagi mengurangkan berat. Ia turut mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam dalam masa 2.6 saat. Ini menjadikannya lebih pantas memecut daripada sebuah Porsche 911 Turbo S, Lamborghini Huracan dan Nissna GT-R. Kenderaan ini sedang dalam proses pembinaan dan dijangka diperlihatkan secara rasmi di Pertunjukan Kereta Geneva 2017. Hanya 10 kenderaan ini akan dihasilkan dan setakat ini harga jualan masih belum diumumkan. Nampaknya Singapura sudah mampu menghasilkan kereta elektrik berkemampuan tinggi pertama mereka. Kita hanya mampu bermimpi kerana kereta berkemampuan tinggi Proton PM5 hanya kekal di tahap konsep sejak 2007. Kenderaan elektrik pertama Proton pula dijangka memasuki pasaran tempatan pada tahun 2017.

Dendrobium 1


TIPS & ULASAN