Cari @ Amanz

Oppo hari ini telah menghadirkan diri ke Mobile World Congress 2016, dan telah berkongsi beberapa perkembangan teknologi yang telah dilakukan oleh bahagian penyelidikan mereka. Salah satu perkara yang dikongsikan adalah berkaitan dengan teknologi pengecasan VOOC yang sedia menawarkan kebolehan mengecas peranti dengan pantas.

Oppo SuperVOOC

Oppo mengatakan dengan perkembangan teknologi, kini mereka dalam fasa terakhir pembangunan SuperVOOC – yang mana menawarkan kebolehan mengecas peranti dengan jauh lebih pantas berbanding kebiasaan.

SuperVOOC ini menawarkan kebolehan mengecas peranti sehingga 100% dalam masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Oppo mengatakan SuperVOOC tidak merosakan bateri mereka, kerana mereka menggunakan kuasa pengecasan bervoltan rendah, 5V – dan pada masa yang sama menggunakan algoritma pulse-charge yang baru. Sokongan pengecasan ini juga terhad untuk digunakan bersama-sama bateri daripada Oppo yang terbina pada peranti keluaran mereka.

Oppo SuperVOOC

Oppo SuperVOOC

Oppo SuperVOOC

Memandangkan ia telah dalam fasa pembangunan akhir, maka mungkin kita akan melihat SuperVOOC ini diimplementasikan pada telefon pintar akan datang daripada Oppo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd