mXers – Fon Telinga Dengan Rekaan Modular

mXers – Fon Telinga Dengan Rekaan Modular

Diterbitkan pada Feb 23, 2016 oleh .

LG G5 ialah peranti pintar komersial pertama dengan rekaan modular. Modul mengambil gambar ataupun idea boleh ditukar ganti mengikut kehendak pemilik. Ianya tiba lebih awal berbanding Project Ara yang masih di dalam proses menghasilkan produk sebenar. Rekaan modular tidak terhad hanya kepada peranti ataupun beg galas. Kini fon telinga modular juga sudah wujud dan boleh anda miliki. mXers ialah fon telinga modular yang membolehkan pengguna bukan sahaja melakukan kustomasi rupa malah menukar jenis fon telinga mengikut keperluan dengan mudah.

mxers modular 1

Set fon telinga mXers terdiri daripada empat komponen utama iaitu dua pembesar suara, satu hab sambungan utama dan satu kabel audio yang disambungkan kepada bicu audio. Setiap komponen boleh ditukar ganti dengan hanya memusingkannya keluar dari hab sambungan utama. Sekiranya berlaku kerosakan pada mana-mana komponen, hanya satu alat ganti perlu dibeli dan bukan kesemua fon telinga akan dibuang seperti yang berlaku sekarang. Ini rekaan yang menarik dan setiap set mXers dijual pada harga $49.99 (RM 210).


TIPS & ULASAN