Telegram Messenger Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan

Telegram Messenger Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada Feb 23, 2016 oleh .

Telegram MessengerTelegram Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan yang juga merupakan alternatif kepada perkhidmatan WhatsApp Messenger. Ia telah beroperasi sejak dua setengah tahun yang lepas, dan menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan yang tiada pada WhatsApp.

Terkini, berkongsi mengenai statistik semasa, Telegram mengatakan kini mereka mempunyai lebih dariapda 100 juta pengguna aktif setiap bulan. Secara purata, lebih kurang 350,000 pengguna baru mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan mereka, dan Telegram mengatakan lebih daripada 15 bilion mesej dihantar melalui perkhidmatan mereka setiap hari.

Telegram Messenger juga akhir-akhir ini telah mula aktif digunakan oleh jenama dan organisasi dalam menawarkan kemaskini semasa kepada pengguna mereka melalui Telegram Channel.

Bergerak ke hadapan, kita mungkin akan dapat melihat beberapa perkara baru hadir pada perkhidmatan permesejan ini.


TIPS & ULASAN