Carian
Activision Blizzard Kini Miliki Lebih 500 Juta Pengguna – Termasuk Pemain Candy Crush Saga
February 24, 2016 Aman

Activision Blizzard telah mengumumkan pengambil-alihan King Digital pada tahun lepas, iaitu salah satu penerbit permainan yang popular dengan permainan mudah-alih Candy Crush Saga. Terkini, selepas melalui pelbagai proses dan pengesahan, Activision Blizzard akhirnya menjadi pemilik rasmi untuk King Digital Entertainment.

Candy Crush Saga

Pengambil-alihan ini sekaligus menjadikan Activision Blizzard sebagai pemilik rangkain permainan yang terbesar didunia, dengan lebih daripada 500 juta pengguna pada platform mereka.

Seperti ramai sedia maklum, Activision Blizzard merupakan penerbit permainan popular seperti Diablo, Call of Duty, StarCraft dan sebagainya, serta pengambil-alihan ini turut menyertakan permainan popular seperti Candy Crush Saga dibawah mereka.

Activision Blizzard sebelum ini telah mengambil-alih King Digital Entertainment pada nilai mencapai $5.9 bilion.

Komen