Sokongan Aplikasi Rasmi Tumblr Untuk Windows Phone Dihentikan

Sokongan Aplikasi Rasmi Tumblr Untuk Windows Phone Dihentikan

Diterbitkan pada Feb 24, 2016 oleh .

Tumblr ialah platform blog-mikro yang popular di kalangan anak muda. Lebih daripada 277 juta blog di dunia menggunakan platform ini dengan lebih daripada 550 juta pengguna bulanan. Ini menempatkannya sebagai antara perkhidmatan paling popular di dunia. Seperti biasa aplikasi peranti pintar dihasilkan bagi memudahkan penggunaannya pada peranti pintar. Aplikasi rasmi Tumblr untuk Windows Phone kini tidak lagi boleh dimuat turun menerusi Windows Store. Ini adalah kerana sokongan rasmi untuk aplikasi ini tidak akan lagi diberikan oleh pihak Tumblr. Ini tidak mengejutkan kerana kemas kini terakhir aplikasi dilakukan pada tahun 2013.

Tumblr Windows Phone

 

Pihak Tumblr mungkin merasakan sokongan aplikasi rasmi pada sistem operasi Windows Phone adalah tidak lagi berbaloi memandangkan jumlah pengguna yang amat sedikit. Sehingga akhir 2015, hanya sekitar empat juta peranti Windows Phone terjual sedangkan peranti Android terjual melebihi 1 Billion unit dalam tempoh yang sama. Kepada pengguna Windows Phone ini pastinya berita yang mengecewakan. Dwipoli Android dan iOS terlalu kuat sehingga sokongan kepada sistem operasi ketiga paling popular di dunia ini terhenti. Anda kini terpaksa menggunakan aplikasi pihak ketiga sebagai ganti kepada aplikasi rasmi Tumblr mulai saat ini.


TIPS & ULASAN