Carian
Xiaomi Mi 4S Dilancarkan – Diperkasakan Snapdragon 808 Dan Pengimbas Cap Jari
February 24, 2016 Effi Saharudin

Dua peranti baru dilancarkan hari ini dan kini mulakan dengan Xiaomi Mi 4S. Peranti ini mempunyai skrin 5″ IPS LCD HD Penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 808, RAM 3 Gigabyte dan muatan dalaman 64 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD. Peranti dwi SIM ini mempunyai kamera utama sebesar 13 Megapixel. Keseluruhan kerangka peranti diperbuat daripada logam aluminium dengan panel belakang diperbuat daripada kaca. Terdapat juga pengimbas cap jari berbentuk bulat pada panel belakang. Dari segi bateri pula ia dilengkapi bateri sebesar 3260 mAh.

Xiaomi-Mi-4S-1Peranti ni hadir dalam empat warna iaitu hitam, putih, emas dan merah jambu. Dari segi sokongan rangkaian pula, Mi 4S menyokong rangkaian 4G+ dengan VoLTE bagi memberikan kualiti panggilan yang lebih jelas berbanding sistem biasa. Harga jualan pula ialah 1699 Yuan (~RM 1099). Ini adalah harga yang amat berpatutan bagi sebuah peranti dengan pemproses Snapdragon 808. Nampaknya sekali lagi Xiaomi melancarkan produk dengan spesifikasi menakjubkan pada harga mampu milik. Bagaimana pula dengan anda? Adakah Mi 4S sebuah produk yang mengujakan anda?

Xiaomi-Mi-4S-4 Xiaomi-Mi-4S-3 Xiaomi-Mi-4S-2

Komen