Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman telefon pintar baru daripada Xiaomi, mereka turut mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah aplikasi baru, iaitu aplikasi panggilan video berasaskan internet.

Aplikasi ini ditawarkan untuk semua pengguna Android dan iOS, dan dinamakan sebagai Mi Video Call.

Xiaomi Mi Video Call

Melaluinya, salah satu fungsi yang difokuskan oleh Xiaomi adalah kebolehan untuk menggunakan fungsi kecantikkan maya pada wajah secara masa-nyata ketika membuat panggilan video bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Pengguna turut boleh membuat panggilan video berkumpulan sehingga 3 orang lain pada waktu yang sama, serta menggunakan kesan khas khusus untuk menjadikan panggilan video berkenaan lebih menarik. Pengguna juga boleh menghantar gambar atau mengakses aplikasi lain ketika panggilan video sedang dilakukan.

Jika anda berminat dengan aplikasi ini, anda boleh memuat-turun aplikasi Mi Video Call ini pada Android atau iOS hari ini secara percuma.

Xiaomi Mi Video Call

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd