Perbandingan Xiaomi Mi 5, LG G5 & Samsung Galaxy S7

Perbandingan Xiaomi Mi 5, LG G5 & Samsung Galaxy S7

Diterbitkan pada Feb 24, 2016 oleh .

Xiaomi Mi 5 akhirnya dilancarkan secara rasmi hari ini. Seperti peranti-peranti utama yang dilancarkan di MWC tahun ini, Mi 5 dilengkapi pemproses Snapdragon 820. Peranti ini diperbuat daripada logam dan kaca. Buat pertama kalinya peranti Xiaomi mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian dagu. Mari lihat perbandingan spesifikasi Mi 5 dengan LG G5 dan Samsung Galaxy S7.

Tekan gambar peranti untuk melihat spesifikasi peranti tersebut sekiranya anda melayari laman ini  menggunakan peranti mudah alih

Xiaomi Mi 5

Kemaskini: February 24, 2016
Anggaran: RM2112
  • 5.2" Saiz Paparan

    Skrin 5.2" IPS LCD dengan resolusi HD Penuh. Mempunyai kepadatan pixel 428 PPI.

  • Snapdragon 820

    Menggunakan pemproses empat teras Snapdragon 820 dengan cip grafik Adreno 530.

  • 3 & 4GB RAM

    RAM sebesar 3 Gigabyte untuk model 32/64 Gigabyte. Ram sebesar 4 Gigabyte untuk model Pro 128 Gigabyte.

  • 32, 64 & 128 GB Storan

    Pilihan muatan dalaman 32,64 atau 128 Gigabyte.

  • Tiada ruang MikroSD
  • 16MP Kamera

    Kamera utama sebesar 16 Megapixel f/2.0 dengan OIS 4 paksi serta sistem pemfokusan PDAF. Mampu merakam video pada resolusi 4K.

  • 4MP Kamera Hadapan

    Kamera hadapan sebesar 4 Megapixel dengan saiz sensor 2 mikrometer.

  • 4G+ VoLTE

    Sokongan rangkaian 4G+ VoLTE. Sokongan Dwi-SIM bersaiz Nano.

  • 3000 mAh Bateri

    Bateri sebesar 3000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

  • Android 6.0 Marshmallow

    Menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar MIUI 7.

LG G5

Kemaskini: February 23, 2016
Anggaran: RM -
  • 5.3" Saiz Paparan

    Menggunakan skrin 5.3-inci dengan paparan IPS LCD Quantum Display pada resolusi QHD. Skrin berkembar dengan skrin pada panel atas sentiasa aktif memaparkan notifikasi.

  • Snapdragon 820

    Pemproses Snapdragon 820.

  • 4GB RAM

    RAM sebesar 4 Gigabyte LPDDR4.

  • 32GB Storan

    32GB ruangan storan terbina berasaskan kepada UFS.

  • 2000GB MikroSD

    Penambahan memori dalaman sehingga 2 Terabyte menggunakan kad MikroSD.

  • 16+8MP Kamera

    Kamera belakang berkembar 16-megapixel dengan sokongan OIS dan kamera 8 Megapixel lensa lebar.

  • 8MP Kamera Hadapan

    Kamera hadapan 8-megapixel.

  • 4G LTE

    Hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

  • 2800 mAh Bateri

    Bateri 2800 mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Bateri boleh ditanggalkan dan meluncur ke bawah melalui dagu peranti.

  • Android 6.0 Marshmallow

    Mengggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka LG UX.

Samsung Galaxy S7

Kemaskini: March 2, 2016
Anggaran: RM -
  • 5.1" Saiz Paparan

    Menggunakan skrin 5.1-inci dengan paparan Super AMOLED dan resolusi QHD. Kepadatan pixel 557 PPI.

  • Snapdragon 820/Exynos 8890

    Exynos 8890 Lapan Teras (2.3 X 4 + 1.6 X 4 GHz) atau Snapdragon 820 Empat-Teras (2.15 X 2 + 1.6 X 2 GHz)

  • 4GB RAM

    RAM LPDDR4 sebesar 4 Gigabyte setanding seperti yang ditemui Galaxy Note 5. Peranti keluarga Galaxy S pertama dengan RAM sebesar ini.

  • 32/64GB Storan

    32 atau 64 GB ruangan storan terbina berasaskan kepada UFS 2.0.

  • 200GB MikroSD

    Penambahan memori dalaman sehingga 200 Gigabyte. Mengembalikan semula sokongan ini selepas tidak wujud pada S6.

  • 12MP Kamera

    Kamera belakang 12-megapixel dengan sensor Dwi-Pixel serta sokongan OIS. Lensa f/1.7 untuk rakaman cahaya yang lebih baik.

  • 5MP Kamera Hadapan

    Kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa f/1.7.

  • 4G LTE

    Hadir dengan sokongan 4G LTE menggunakan Nano SIM.

  • 3000 mAh Bateri

    Bateri 3000mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 2.0. Turut menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar.

  • Android 6.0 Marshmallow

    Mengggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar TouchWiz


 


TIPS & ULASAN