Cari @ Amanz

Facebook telah menguji fungsi Reactions, yang mana menambah beberapa emoji tambahan pada butang Like dalam memudahkan lagi pengguna mengekspresi perasaan mereka terhadap sesuatu status. Setelah menguji di beberapa buah negara, Facebook kini mengumumkan sokongan global untuknya.

Facebook Reactions

Kini, apabila pengguna tap seketika pada butang Like di aplikasi mudah-alih, atau meletakkan tetikus seketika pada Like di desktop, anda akan diperlihatkan dengan menu tambahan dengan beberapa emoji perasaan.

Lima pilihan emoji perasaan disediakan, iaitu Suka, Haha, Wow, Sedia, dan Marah. Pilihan anda bersama-sama pilihan pengguna lain akan dipaparkan diatas kotak komen di sesuatu status.

Facebook Reactions

Facebook mengatakan memandangkan ini adalah salah satu perubahan besar, maka ia akan diperkenalkan secara berperingkat dan mengambil masa untuk dilihat oleh semua pengguna seluruh dunia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd