Carian
OnePlus 3 Akan Dilancarkan Pada Penghujung Suku Kedua 2016
February 25, 2016 Aman

Disamping populariti Xiaomi, satu lagi jenama yang turut mempunyai peminatnya tersendiri adalah OnePlus. Terkini, pengasas OnePlus, Carl Pei berkongsi mengatakan telefon pintar generasi seterusnya daripada mereka, iaitu OnePlus 3 akan dilancarkan sekitar penghujung suku kedua 2016 kelak.

OnePlus X

OnePlus 3 dijangka membawakan rekaan yang baru, dan mereka berharap agar ia dapat menarik lebih ramai pengguna seperti mana yang berjaya dilakukan oleh OnePlus One ketika ia diperkenalkan.

OnePlus juga dijangka akan memperkenalkan beberapa kaedah baru dalam pembelian dan mengatasi salah satu masalah besar mereka untuk memenuhi permintaan pengguna.

Info lanjut mengenai OnePlus 3 masih kekal misteri buat masa ini, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam beberapa bulan akan datang.

Komen