Carian
LG
Telefon Pintar Nexus Baru Tidak Akan Hadir Daripada LG Pada Tahun Ini
February 25, 2016 Aman

Telefon pintar Nexus merupakan salah satu program yang dibangunkan oleh Google – dimana mereka bekerjasama dengan pengeluar peranti untuk menawarkan pengalaman penggunaan Android asli. Pada tahun lepas, dua pengeluar telah hadir dengan telefon pintar Nexus, iaitu LG dan Huawei.

LG G5

LG sendiri telah hadir dengan telefon pintar Nexus untuk dua tahun, iaitu Nexus 5 dan juga Nexus 5X. Perkara ini semestinya membuatkan ramai tertanya akan mengenai adakah LG akan memperkenalkannya pada tahun ini juga.

Bercakap mengenainya, pihak LG mengatakan mereka tidak akan menyertai program Google Nexus pada tahun ini, dan mereka ingin lebih memfokuskan kepada jenama mereka tersendiri untuk tahun ini.

LG telah memperkenalkan LG G5 pada minggu ini, yang mana hadir dengan kebolehan bahagian dagu peranti yang boleh ditanggalkan dan dipasang dengan komponen seperti audio dan sokongan tambahan untuk kamera. Disamping LG G5, pihak LG dijangka akan memperkenalkan satu lagi peranti flagship baru pada tahun ini.

Komen