Sony Menjadualkan Acara PlayStation VR Pada 15 Mac 2016

Sony Menjadualkan Acara PlayStation VR Pada 15 Mac 2016

Diterbitkan pada Feb 25, 2016 oleh .

Pelbagai pengeluar telah mempertontonkan sokongan realiti-maya mereka pada acara Mobile World Congress, dan pihak Sony tidak ingin ketinggalan dalam arena berkenaan. Pada tahun lepas, mereka telah memperkenalkan PlayStation VR, dan kini mereka menjadualkan sebuah acara khas pada 15 Mac 2016 untuk pengumuman khusus berkenaan dengannya.

PlayStation VR menawarkan pengalaman permainan yang serba baru, dan beberapa pengeluar permainan telah memperlihatkan contoh permainan mereka pada tahun lepas.

Pada tarikh 15 Mac 2016 kelak, Sony dijangka akan berkongsi lanjut mengenai peranti realiti-maya mereka, dan berkemungkinan kita akan turut mendengar bilakah ia akan dipasarkan kepada umum dan harga jualannya kelak.

PlayStation VR


TIPS & ULASAN