Trailer Terkini Uncharted 4 : A Thief’s End Dilancarkan
Artikel Berkaitan

Trailer Terkini Uncharted 4 : A Thief’s End Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 25, 2016 oleh .

Adakah Nathan Drake akan menemui maut? Ini ialah beberapa persoalan yang akan muncul selepas menonton trailer terkini permainan Uncharted 4 : A Thief’s End yang dilancarkan hari ini. Trailer ini menunjukkan konflik yang dilalui oleh Drake setelah bertemu semula dengan abang beliau yang disangkanya menemui maut. Menarik sekali tentang trailer ini ialah kualiti grafik yang dipaparkan. Sekali lagi Naughty Dog menunjukkan kemampuan mereka menghasilkan permainan dengan kualiti grafik yang kelihatan realistik. Uncharted 4 akan mula dijual 26 April hadapan dan sebagai pemilik PlayStation 4 ialah permainan eksklusif yang harus dimiliki tahun ini.

 


TIPS & ULASAN