Prototaip Peranti Pintar Dengan Panel Solar Terbina Pada Skrin Diperlihatkan Kyocera

Prototaip Peranti Pintar Dengan Panel Solar Terbina Pada Skrin Diperlihatkan Kyocera

Diterbitkan pada Feb 25, 2016 oleh .

Kyocera ialah syarikat yang terkenal di Jepun dengan inisiatif membangunkan infrastruktur sumber tenaga mesra alam. Mereka sedang membina stesen janakuasa solar terbesar di Jepun yang mempunyai keluasan 180 000 meter persegi. Ianya dibina di atas permukaan tasik yang terhasil akibat pembinaan sebuah empangan. Apabila siap pada tahun 2018, “ladang solar” ini akan menghasilkan tenaga bersih untuk 5000 buah rumah di wilayah Chiba. Penglibatan mereka di dalam penghasilan peranti pintar agak terhad. Peranti mereka yang paling dikenali ialah Echo yang mempunyai dua skrin berlipat seperti buku. Tahun lalu mereka menghasilkan peranti tahan hakisan air laut dan sebuah lagi yang boleh dibasuh dengan sabun.

Kyocera solar

Di MWC2016 mereka mempamerkan prototaip peranti dengan skrin solar yang terbina pada skrin peranti. Ya skrin peranti pintar ini mempunyai panel fotovoltaik terletak di antara skrin LCD dan lapisan digitiser skrin sesentuh. Menurut Kyocera dengan pengecasan selamat 3 minit, peranti boleh digunakan untuk melakukan panggilan telefon selama 1 minit. Prototaip ini direka untuk kegunaan mereka yang kerap bekerja di luar dan tidak mempunyai akses kepada sumber elektrik. Prototaip skrin peranti dengan panel solar terbina ini masih lagi di peringkat ujian dan masih belum bersedia untuk kegunaan komersial. Sekiranya dijual kelak ia pastinya berguna untuk situasi kecemasan ketika berkhemah ataupun ketika bencana banjir.

 


TIPS & ULASAN