Mark Zuckerbeg Dan Jack Dorsey Menerima Ugutan Bunuh Oleh Penyokong ISIS

Mark Zuckerbeg Dan Jack Dorsey Menerima Ugutan Bunuh Oleh Penyokong ISIS

Diterbitkan pada Feb 25, 2016 oleh .

Apa yang membezakan ISIS dengan Al Qaeda ialah penggunaan media sosial bagi menyebarkan propaganda mereka. Al Qaeda lebih gemar berahsia manakala ISIS secara terang-terangan menggunakan media sosial untuk mempamerkan betapa sucinya perjuangan mereka bagi membina khulafah baru. Di Malaysia Facebook ialah antara alat paling kerap digunakan bagi merekrut anggota baru. Malah video seorang militan berpangkat Ustaz berjihad di Syria menjadi viral di Malaysia tiga tahun yang lalu dan beliau menerima banyak reaksi positif dari pengguna. Menyedari hakikat ini Facebook dan Twitter mula memadam akaun-akaun mereka yang menyokong perjuangan ISIS. Tahun lalu sahaja lebih 125000 akaun Twitter yang disyaki menyokong ISIS dinyahaktifkan. Ini menimbulkan kemarahan bukan sahaja ISIS malahan kumpulan yang menyokong mereka.

Son of Khalifah 2Sons of Khalifah ialah kumpulan penggodam siber yang menyokong ISIS. Mereka baru sahaja memuat naik video sepanjang 25 minit yang mengecam tindakan memadam akaun oleh Facebook dan Twitter. Mark Zuckberg dan Jack Dorsey diugut bunuh oleh mereka sekiranya terus melakukan aktiviti pemutihan ini. Gambar kedua-dua pengasas akaun sosial popular ini dilihat dengan kesan tembakan. Selain ugutan bunuh Sons of Khalifah berjanji akan menggodam 10 akaun sekiranya satu akaun dipadamkan oleh Facebook dan Twitter selepas ini. Aktiviti menggodam ini akan diteruskan sehingga akhirnya lama media sosial ini akan terpaksa ditutup.

 


TIPS & ULASAN