Remaja Perempuan Dan Wanita Bujang Diharamkan Dari Menggunakan Telefon Selular Di India

Remaja Perempuan Dan Wanita Bujang Diharamkan Dari Menggunakan Telefon Selular Di India

Diterbitkan pada Feb 25, 2016 oleh .

India ialah negara demokrasi terbesar di dunia dengan jumlah penduduk mencecah 1.3 Billion. Jumlah pengguna telefon mudah alih pula mencecah 1 Billion. Walaupun mempunyai reputasi sebagai pembekal tenaga pakar I.T yang baik, India masih mempunyai satu reputasi buruk di dalam kesaksamaan jantina. Di Gujarat, kini wujud undang-undang yang mengharamkan remaja perempuan dan wanita bujang dari menggunakan telefon selular. Kegagalan mematuhi larangan ini akan menyebabkan mereka didenda ₹ 2100 (~RM 129 ) dan mereka yang melaporkan kesalahan pula diberikan wang sagu hati ₹200 (~RM 12.30).

India-haram

Larangan diwartakan kerana pihak berkuasa tempatan percaya telefon selular mengganggu dua golongan ini dari melakukan kerja rumah dan kerja sekolah. Di Uttar Pradesh pengharaman juga diumumkan dan alasan yang diberikan juga tidak masuk akal. Penggunaan telefon pintar dikatakan menyebabkan remaja wanita menjadi manja dan bercinta dengan lelaki. Ini mengakibatkan mereka kemudian menjadi mangsa jenayah. Dengan mengharamkan penggunaan telefon selular ke atas remaja bawah 18 tahun, mereka berharap “masalah” ini dapat diselesaikan. Di Uttar Pradesh selain denda, ibu bapa gadis yang didapati bersalah akan turut dipaksa menyapu sampah sebagai hukuman. Adakah hukuman ini munasabah ataupun tidak masuk akal bagi anda?

 


TIPS & ULASAN