MaxisONE World Dilancarkan – Tiada Lagi Caj Perayauan Tidak Munasabah Ketika Di Luar Negara

MaxisONE World Dilancarkan – Tiada Lagi Caj Perayauan Tidak Munasabah Ketika Di Luar Negara

Diterbitkan pada Feb 25, 2016 oleh .

Caj perayauan ialah antara sebab mengapa kami berfikir dua kali sebelum menggunakan SIM tempatan di luar negara. Ini adalah kerana bayaran tinggi yang boleh dikenakan setiap kali SMS dihantar, panggilan diterima serta dilakukan dan jumlah data yang mungkin melebihi kuota. Maxis cuba menghilangkan kerisauan ini dengan melancarkan MaxisONE World hari ini.

MAxisOne WorldIMG_20160225_153354

Melalui pelan ini, caj perayauan yang mahal tidak akan lagi menjadi masalah. Dengan bayaran maksimum RM38 sehari, pelanggan MaxisONE World akan dapat melakukan panggilan dan SMS tanpa had, tanpa caj tambahan perayauan tambahan seperti yang dikenakan sebelum ini.

Pada waktu yang sama pengguna boleh menggunakan data mengikut kuota MaxisOne mereka dan pihak Maxis akan menambah lagi kuota data sebanyak 500 Megabyte sehari untuk setiap pengguna. Melaluinya, pengguna akan memulakan dengan penggunaan data 500MB terlebih dahulu, dan sekiranya data berkenaan habis digunakan, maka pelan data tempatan anda akan digunakan secara automatik. Akhir sekali mereka akan menyertakan insurans perjalanan percuma kepada pelanggan.

Pelan MaxisONE World bermula hari bermula dengan rantau ASEAN. Anda boleh menggunakan pelan ini di 8 negara iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar,Brunei, Filipina, Kemboja dan Laos. Maxis mempunyai rancangan mengembangkan rangkuman MaxisOne World ke negara-negara Asia Pasifik pada suku ke-tiga 2015 diikuti oleh Eropah dan Amerika Syarikat. Kepada pelanggan MaxisOne sedia ada, pelan World ini secara automatik boleh anda gunakan tanpa perlu melakukan sebarang panggilan kepada pusat perkhidmatan pelanggan Maxis. Pelan ini tidak menyokong pengguna yang tidak mempunyai langganan kepada pelan MaxisONE.

MAxisOne WorldIMG_20160225_152748

Layari : MaxisONE World


TIPS & ULASAN