Samsung Mengumumkan Pengeluaran Storan UFS 2.0 Dengan Kapasiti 256GB Untuk Peranti Mudah-Alih

Samsung Mengumumkan Pengeluaran Storan UFS 2.0 Dengan Kapasiti 256GB Untuk Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Feb 25, 2016 oleh .

Samsung telah menggunakan ruangan storan berasaskan kepada piawaian Universal Flash Storage 2.0 pada peranti mereka sejak tahun lepas, menawarkan prestasi yang pantas pada peranti mudah-alih. Terkini, bergerak kehadapan, mereka turut mengumumkan pengeluaran storan dengan kapasiti 256GB untuk peranti mudah-alih.

Samsung 256GB UFS

Dengan pengumuman ini, sekaligus ia membawa ruangan storan dengan kapasiti data yang sangat besar, dan penawaran kelajuan bacaan data yang pantas – tetapi pada masa yang sama bersaiz kompak untuk digunakan pada peranti mudah-alih seperti telefon pintar.

Samsung mengatakan ia menyokong penulisan data sehingga 260MB/s yang mana lebih tiga kali ganda pantas berbanding penggunaan mikro-SD biasa. Samsung turut menekankan yang mana rekaan cip baru mereka ini lebih kompak dan kecil berbanding dengan kad mikro-SD biasa – sekaligus memberikan lebih kelebihan kepada pengeluar dan perekabentuk telefon pintar.


TIPS & ULASAN