Cari @ Amanz

The Malaysian InsiderLaman The Malaysian Insider merupakan salah satu portal berita yang turut meliputi pelbagai berita politik melaluinya. Terkini, hari ini bersempena dengan ulang-tahun kelapan laman portal berkenaan, pihak SKMM menyekat akses ke laman berkenaan disebabkan oleh isu-isu keselamatan negara.

Halangan ini dibuat pada peringkat DNS, dan buat masa ini sejumlah syarikat telekomunikasi telah mula menghalang akses kepada laman berkenaan, termasuk UniFi, Celcom dan sebagainya. Namun, masih terdapat beberapa yang masih belum mengaktifkan sekatan ini lagi.

Tiada sebarang notis yang dihantar kepada pihak The Malaysian Insider untuk menerangkan mengenai isu sekatan ini buat masa ini. Editornya sebagai alternatif menyediakan URL sementara yang boleh diakses pengguna di TheMalaysianOutsider.com

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd