Huawei Dan Leica Mengumumkan Kerjasama Untuk Fotografi Pada Telefon Pintar

Huawei Dan Leica Mengumumkan Kerjasama Untuk Fotografi Pada Telefon Pintar

Diterbitkan pada Feb 25, 2016 oleh .

Huawei merupakan salah satu jenama yang sedang mencuri perhatian ramai pengguna seluruh dunia akhir-akhir ini, dan hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan pihak Leica untuk bersatu dalam berkongsi teknologi untuk membangunkan dan merevolusikan arena fotografi pada telefon pintar.

Melalui kerjasama ini, mereka akan bersatu dalam menginovasi, merekabentuk, dan menambah-baik pengalaman pengguna dalam merakamkan gambar, serta menawarkan kualiti rakaman yang sangat baik. Ini sekaligus membolehkan pihak Leica Camera untuk memperluaskan penawaran mereka ke arena peranti mudah-alih, sementara Huawei boleh menggunakan kelebihan kamera Leica pada peranti mudah-alih mereka.

Dengan kerjasama ini, mungkin kita akan melihat integrasi teknologi kamera Leica pada peranti Huawei akan datang kelak.


TIPS & ULASAN