Samsung Sertakan Fungsi Motion Photo Pada Galaxy S7 – Merakam Klip Sebelum Gambar Diambil

Samsung Sertakan Fungsi Motion Photo Pada Galaxy S7 – Merakam Klip Sebelum Gambar Diambil

Diterbitkan pada Feb 25, 2016 oleh .

Samsung telah sedia menyertakan beberapa fungsi baru pada telefon pintar terbaru mereka, Galaxy S7. Salah satu fungsi baru yang turut disertakan pada bahagian kamera mereka adalah sokongan merakamkan sebuah klip pendek sebelum gambar diambil, dinamakan sebagai Motion Photo.

Samsung Galaxy S7

Melalui fungsi ini, ketika anda ingin mengambil sesebuah gambar, sebuah klip beberapa saat dirakamkan sebelumnya. Ini membolehkan anda tidak terlepas sebarang detik penting ketika dalam proses ingin merakamkan sesuatu gambar berkenaan.

Fungsi ini tidak diaktifkan terus pada peranti Galaxy S7, dan perlu dilakukan secara manual. Samsung mungkin tidak mengaktifkannya, kerana klip gambar berkenaan akan bersaiz lebih besar berbanding dengan gambar biasa – dan akan memakan ruangan storan dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Samsung Galaxy S7

Untuk makluman, selain daripada Samsung, pihak Apple turut menyertakan fungsi lebih kurang sama pada iPhone mereka dinamakan sebagai Live Photo.


TIPS & ULASAN