Google Membawa Sokongan Street View Ke Arena Sukan Dan Stadium

Google Membawa Sokongan Street View Ke Arena Sukan Dan Stadium

Diterbitkan pada Feb 26, 2016 oleh .

Google Street View merupakan salah satu fungsi popular yang membolehkan pengguna merasai pengalaman seumpama berada di sesuatu lokasi terus melalui pelayar web mereka. Sebelum ini, Google telah meliputi pelbagai tempat bersejarah, di dalam lautan, di dalam hutan, mahupun persisiran pantai. Terkini, Google turut membawa liputan Street View ke arena sukan dan stadium.

Street View

Buat masa ini, arena sukan dan stadium yang disokong pada Street View masih terhad, tetapi tidak mustahil untuk Google terus menambahnya dari hari ke hari.

Antara lokasi yang kini anda boleh lawati menggunakan Street View adalah termasuk tempat lumba kereta di Homestead Miami Speedway. Disamping itu, antara stadium yang disertakan adalah termasuk MAPFRE, Verizon Center, AT&T Center, dan beberapa lokasi yang lain lagi.

Sekiranya anda minat untuk melawat stadium atau arena sukan secara maya, mungkin boleh ke laman Steet View dan mula melihatnya.


TIPS & ULASAN