Perkhidmatan penstriman video cetak rompak Popcorn Time berhenti beroperasi tahun lalu selepas menerima amaran dari Persatuan Filem Amerika (MPAA). Popcorn Time membolehkan fail Torrent distrim seperti Netflix dan bukannya dimuat turun seperti biasa.Selepas memberhentikan operasi secara tiba-tiba terdapat beberapa perkhidmatan lain seakan Popcorn Time yang cuba mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka. Dua hari yang lalu secara tiba-tiba Popcorn Time kembali.
Di dalam blog rasmi, mereka mengatakan kali ini mereka beroperasi secara percuma dan tidak lagi akan menerima derma dari pengguna untuk membangunkan aplikasi. Mereka juga kini juga beroperasi secara anonymous supaya sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Ini menurut mereka akan membolehkan mereka beroperasi dengan lebih selamat berbanding sebelum ini. Masalah perebutan wang di antara pembangun asal Popcorn Time ialah antara faktor yang dikhabarkan menyebabkan perkhidmatan ini dihentikan tahun lalu selain dari tindakan undang-undang MPAA. Popcorn Time sudah kembali, adakah ini bermakna YIFY juga bakal menyusul?