Fungsi Pengaburan Objek Bergerak Secara Automatik Kini Terbina Di YouTube

Fungsi Pengaburan Objek Bergerak Secara Automatik Kini Terbina Di YouTube

Diterbitkan pada Feb 26, 2016 oleh .

Fungsi mengaburkan muka di YouTube secara terbina diperkenalkan pada tahun 2012. Kini fungsi pengaburan video secara automatik dipertingkatkan dengan kemampuan mengekori objek (object tracking) yang ingin dikaburkan secara automatik. Sebelum ini hanya wajah statik boleh dikaburkan secara automatik. Selepas ini tugas untuk mengaburkan video individu yang bergerak di latar belakang boleh dilakukan dengan hanya menekan satu butang sahaja tanpa melakukannya secara bingkai demi bingkai (keyframing). Fungsi ini boleh diakses oleh kesemua pengguna melalui Youtube Video Editor. Berbeza dengan sistem pengaburan sebelum ini, pengaburan mengekori objek ini berbentuk segi empat dan bukannya bulat. Pengguna boleh menetapkan bilakah pengaburan boleh dimulakan,dihentikan dan saiz kotak pengaburan secara manual.

Pengaburan-tersuai-Youtube


TIPS & ULASAN