Cari @ Amanz

Microsoft hari ini mengumumkan secara rasminya yang mana mereka membatalkan perancangan untuk menyediakan sebuah tool untuk memudahkan para pembangun untuk mengubah aplikasi Android sedia ada mereka kepada Windows 10.

Microsoft sebelum ini telah berkongsi mengenai Project Astoria pada acara Build tahun lepas, namun, tiada sebarang perkembangan untuknya sejak daripada itu. Beberapa desas-desus telah hadir sejak daripadanya, dan kini Microsoft mengesahkan perkara berkenaan secara rasmi.

Pengumuman daripada Microsoft ini hadir sehari selepas mereka mengambil-alih Xamarin, yang mana memudahkan para pembangun membangunkan aplikasi mereka menggunakan kaedah pengaturcaraan yang sama dan dioptimasikan untuk pelbagai platform pintar. Dengan pengumuman ini juga, pihak Microsoft mengalakkan pengguna menggunakan Xamarin dalam memudahkan pembangunan produk pelbagai platform.

Sokongan untuk mengubah aplikasi iOS kepada Windows masih disokong seperti biasa buat masa ini, dan dinamakan sebagai Windows Bridge.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd