8 Peranti Asus Ini Akan Menerima Android Marshmallow Pada Suku Kedua 2016

8 Peranti Asus Ini Akan Menerima Android Marshmallow Pada Suku Kedua 2016

Diterbitkan pada Feb 27, 2016 oleh .

November lalu Asus menyenaraikan lima peranti yang akan menerima kemas kini Andoird 6.0 Marshmallow namun tarikh ia boleh dilakukan tidak pula diumumkan. Hari ini Asus akhirnya memberikan tarikh kemas kini dan menambah tiga lagi peranti ke dalam senarai. Kesemua lapan peranti di bawah akan menerima Android M pada suku kedua 2016.

  1. PadFone S (PF500KL)
  2. ZenFone 2 (ZE550ML, ZE551ML)
  3. ZenFone 2 Deluxe (ZE551ML)
  4. ZenFone 2 Deluxe Special Edition (ZE551ML)
  5. ZenFone 2 Laser (ZE500KG, ZE500KL, ZE550KL, ZE551KL, ZE600KL, ZE601KL)
  6. ZenFone Selfie (ZD551KL)
  7. ZenFone Max (ZC550KL)
  8. ZenFone Zoom (ZX551ML)

Ini masih lagi tarikh yang agak samar tetapi sekurang-kurangnya kini kita mempunyai julat tarikh yang lebih baik berbanding sebelum ini. Asus juga mengumumkan selepas kemas kini, aplikasi ASUS Messenger, ASUS Mail dan ASUS Calendar akan digantikan oleh aplikasi Google Hangout, GMail dan Google Calender. Sekiranya pengguna masih mahu menggunakan tiga aplikasi Asus  ini, mereka perlu memuat turun semula menerusi Play Store.


TIPS & ULASAN