Ubisoft Mengesahkan Tiada Transaksi Mikro Di Dalam The Division

Ubisoft Mengesahkan Tiada Transaksi Mikro Di Dalam The Division

Diterbitkan pada Feb 27, 2016 oleh .

Sesi Beta terbuka The Division baru sahaja berakhir dan ianya mendapat sambutan luar biasa dengan 6.4 juta pengguna mencubanya. Permainan yang akan dilancarkan beberapa bulan sahaja lagi ini ialah sebuah MMO aksi yang berlatar belakangkan dunia yang musnah selepas serangan virus. Biasanya permainan MMO akan mempunyai fungsi transaksi mikro yang membolehkan pemain membeli peralatan yang lebih berkuasa. Ini mengakibatkan pemain lebih berada mampu mendapatkan kelebihan berbanding pemain kurang berada.

The-Division-poster

Ubisoft hari ini mengesahkan fungsi transaksi mikro tidak akan disertakan. Tiada lagi jalan pintas untuk pemain mencapai tahap lebih tinggi dengan menggunakan wang. Keputusan Ubisoft ini amat alu-alukan kerana sebelum ini permainan mereka seperti Rainbow SIx Siege dan Assassin’s Creed terkenal dengan transaksi mikro. Kepada yang mencuba Beta, adakah anda akan membeli The Division apabila ia dijual 8 Mac ini?


TIPS & ULASAN