Samsung Dikatakan Berminat Dalam Mengambil-Alih Perkhidmatan Penstriman Muzik, Tidal

Samsung Dikatakan Berminat Dalam Mengambil-Alih Perkhidmatan Penstriman Muzik, Tidal

Diterbitkan pada Feb 27, 2016 oleh .

Tidal merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang menawarkan sokongan audio berkualiti tinggi, disamping turut menawarkan beberapa kandungan eksklusif, termasuk video.

Tidal telah beroperasi untuk tempoh lebih daripada setahun, namun, ia masih sukar untuk bersaing dalam arena ini – terutamanya dengan penyertaan nama besar seperti Spotify, Google dan juga Apple.

TIDAL

Tidal telah berkali-kali dikaitkan dengan Samsung, dan kini, sekali lagi desas-desus mengenai pengambil-alihan Tidal oleh Samsung kembali ke arena internet. Tidal dikatakan bernilai sekitar $100 juta pada hari ini, dan ia dikatakan lebih menarik minat Samsung untuk mendapatkannya berbanding dengan Google dan Spotify.

Untuk makluman, Samsung sendiri mempunyai perkhidmatan penstriman muzik mereka dinamakan sebagai Milk Music. Namun, ia masih tidak menarik minat pengguna yang ramai, dan mungkin pengambil-alihan Tidal akan membantu Samsung dalam terus kukuh dalam arena ini.

Seperti biasa, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan desas-desus terbaru ini.


TIPS & ULASAN