Samsung Akan Menutup Fasiliti Pengeluaran Televisyen Di Seremban Pada April Ini

Samsung Akan Menutup Fasiliti Pengeluaran Televisyen Di Seremban Pada April Ini

Diterbitkan pada Feb 29, 2016 oleh .

Di Malaysia, Samsung mempunyai beberapa fasiliti pengeluaran produk mereka. dan salah satunya adalah fasiliti pengeluaran televisyen mereka di Seremban, Negeri Sembilan. Terkini, Samsung mengumumkan mereka akan menutup operasi kilang berkenaan menjelang bulan April 2016 ini.

Samsung mengatakan ia merupakan salah satu langkah strategik dalam menambah-baik kadar efisyen perniagaan mereka secara keseluruhannya.

Pada hari ini, kilang berkenaan mempunyai lebih kurang 475 pekerja tempatan dan 145 pekerja asing. Samsung mengatakan mereka akan menyediakan pakej pampasan yang berpatutan, dan pada masa yang sama menawarkan latihan dan tawaran untuk berpindah ke fasiliti Samsung lain sekiranya terdapat posisi yang bersesuaian.

Di Malaysia, selain daripada kilang dan fasiliti pengeluaran televisyen, Samsung juga turut mempunyai fasiliti pengeluaran ketuhar dan juga bateri.


TIPS & ULASAN