Cari @ Amanz

Terdapat puluhan jenama telefon pintar di pasaran tempatan pada hari ini. Terkini, salah satu jenama baru yang dibawa masuk oleh Brightstar Malaysia adalah Avvio, dengan pengenalan peranti baru mereka, Avvio L660S.

Avvio L660S

Avvio L660S merupakan telefon pintar berspesifikasi rendah. Hadir dengan cip pemprosesan empat-teras MediaTek 1.0Ghz, memori 1GB RAM, dan skrin bersaiz 5-inci 720p. Walaupun berspesifikasi rendah, peranti ini dilengkapkan dengan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel.

Melengkapkan pengenalan peranti ini di Malaysia adalah dengan penawaran tempoh jaminan dan sokongan lepas jualan yang lebih baik. Avvio menawarkan jaminan 18-bulan, dan turut menyediakan penukaran 1 ke 1 untuk sebarang kerosakkan disebabkan oleh pengeluaran. Avvio turut mengatakan mereka menawarkan kadar membaik-pulih yang lebih berpatutan berbanding beberapa pengeluar lain.

Malaysia merupakan negara pertama di Asia yang menerima Avvio L660S ini, dan ia dijual pada harga RM479.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd