Raspberry Pi 3 Diperkenalkan Dengan Sokongan WiFi Dan Bluetooth Terbina

Raspberry Pi 3 Diperkenalkan Dengan Sokongan WiFi Dan Bluetooth Terbina

Diterbitkan pada Feb 29, 2016 oleh .

Pada bulan Februari 2015 yang lepas, pihak Raspberry telah memperkenalkan Raspberry Pi 2, dan hari ini, sebagai penutup untuk Februari 2016, mereka turut mengumumkan kemaskini untuk produk berkenaan, iaitu Raspberry Pi 3.

Raspberry Pi 3

Raspberry Pi 3 hadir dengan cip pemprosesan yang lebih pantas, iaitu cip ARM Cortex A53 1.2Ghz, dan turut menawarkan sokongan WiFi dan Bluetooth secara terbina.

Menariknya, walaupun hadir dengan sokongan WiFi dan Bluetooth terbina, harga jualannya adalah sama seperti Raspberry Pi 2 sebelum ini. Dengan ini, pengguna tidak lagi perlu menggunakan port USB seperti sebelumnya untuk sokongan WiFi atau Bluetooth, dan pada masa yang sama membolehkan pengguna menjimatkan wang tanpa perlu membeli sebarang aksesori tambahan untuk sokongan WiFi atau Bluetooth. Rekaan yang digunakan adalah sama dengan versi sebelumnya, dan ini membolehkan pengguna menggunakan kotak sebelum ini pada peranti baru ini.


TIPS & ULASAN