Vivo Xplay 5 Akan Hadir Dengan Rekaan Tepi Skrin Melengkung Seumpama Galaxy S7 Edge?

Vivo Xplay 5 Akan Hadir Dengan Rekaan Tepi Skrin Melengkung Seumpama Galaxy S7 Edge?

Diterbitkan pada Feb 29, 2016 oleh .

Vivo merupakan salah satu pengeluar peranti dari China yang telah mula mencuri perhatian ramai pada minggu lepas, dengan memperlihatkan peranti akan datang mereka bakal dilengkapi dengan sokongan memori sehingga 6GB RAM, serta menggunakan cip Snapdragon 820.

Vivo Xplay 5

Terkini, gambar promosi baru hadir daripada pihak Vivo, turut memperlihatkan yang mana peranti berkenaan akan menggunakan rekaan skrin tepi melengkung – lebih kurang sama seperti apa yang diimplementasikan oleh pihak Samsung pada Gaalxy S7 Edge.

Vivo Xplay 5 ini dijangka akan diumumkan esok, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh peranti ini kelak.


TIPS & ULASAN