Redmi Note 3 Akan Datang Ke Malaysia Pada Bulan April 2016

Redmi Note 3 Akan Datang Ke Malaysia Pada Bulan April 2016

Diterbitkan pada Feb 29, 2016 oleh .

Xiaomi Malaysia, hari ini melalui laman Facebook rasmi mereka, mengesahkan peranti Redmi Note 3 mereka bakal hadir ke pasaran tempatan pada bulan April ini. Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak Xiaomi turut melancarkan program Redmi Note 3 Explorers.

Redmi Note 3

Versi Redmi Note 3 yang bakal hadir ke pasaran Malaysia adalah versi yang menggunakan Snapdragon 650. Seperti ramai sedia maklum, Redmi Note 3 hadir dengan rekaan kerangka berasaskan logam, serta dilengkapi dengam sokongan pengimbas cap jari, dan bateri berkapasiti 4000mAh.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci, memori dalam pilihan 2GB RAM/16GB storan atau 3GB RAM/32GB storan, kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Redmi Note 3 menggunakan bateri berkapasiti 4000mAh.

Redmi Note 3

Ketika dilancarkan di China, Xiaomi redmi Note 3 dengan memori 2GB RAM ditawarkan pada harga RMB999 (~RM668). Pihak Xiaomi masih belum mengumumkan harga jualan untuk Redmi Note 3 ini, dan bilakah tarikh jualan rasminya di Malaysia. Mereka memulakan program Redmi Note 3 Explorerers dalam memberikan akses peranti lebih awal kepada pengulas dan peminat peranti – yang mana mereka akan mula menerimanya bermula 8 Mac 2016 kelak.


TIPS & ULASAN