Digi Postpaid Kini Menawarkan Lebih Data Dan Membawa Data Tidak Digunakan Kehadapan

Digi Postpaid Kini Menawarkan Lebih Data Dan Membawa Data Tidak Digunakan Kehadapan

Diterbitkan pada Mac 1, 2016 oleh .

Digi hari ini telah memperkenalkan sedikit kemaskini pada pelan pascabayar mereka, dimana kini mereka menawarkan kuota internet yang lebih tinggi, dan pada masa yang sama, seperti Celcom, kini mereka menawarkan kebolehan untuk membawa kuota yang tidak digunakan ke bulan yang seterusnya.

Digi Postpaid

Melalui pelan pascabayar internet baru, Digi kini menawarkan pelan bermula RM28 untuk 1GB data, dan kebolehan membawa data ke hadapan sebanyak 500MB. Peningkatan data mula diperkenalkan bermula pakej RM48 dimana peningkatan sebanyak 1GB (dari 2GB ke 3GB), sementara pelan RM68 dan ke atas menawarkan peningkatan sebanyak 2GB.

Digi Postpaid

Digi Postpaid

Untuk pelan panggilan pula pula, kini Digi menawarkan pelan panggilan tanpa-had untuk pelan bulanan RM68 ke atas.

Disamping itu, pihak Digi turut menawarkan pelan perayauan sosial bermula RM10 untuk beberapa negara terpilih, dan RM36 untuk penawaran data yang lebih banyak.

Digi Postpaid


TIPS & ULASAN