GoPro Mengambil-Alih Dua Aplikasi Penyuntingan Video Pada Peranti Mudah-Alih

GoPro Mengambil-Alih Dua Aplikasi Penyuntingan Video Pada Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mac 1, 2016 oleh .

GoPro hari ini telah mengambil-alih dua aplikasi penyuntingan video popular pada iOS, iaitu Replay dan Splice – sekaligus mula mengatasi kekurangan mereka dalam menawarkan sokongan penyuntingan video terus pada peranti mudah-alih dengan mudah.

Replay merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna mengabungkan klip video dan gambar serta menambah muzik dan kesan khas padanya terus pada peranti mudah-alih. Sementara Splice pula merupakan salah satu penyunting video yang menawarkan beberapa ciri-ciri profesional dalam penyuntingan video pada peranti mudah-alih.

GoPro mengatakan dengan penyertaan kedua-dua aplikasi ini, ia akan membolehkan pengguna GoPro menyunting video dan berkongsi terus dengan pantas bersama-sama rakan mereka berbanding pada hari ini yang kebiasaannya memerlukan desktop untuk penyuntingan.

GoPro turut mengatakan kedua-dua aplikasi yang khusus untuk iOS ini bakal turut ditawarkan ke Android pada tahun ini.


TIPS & ULASAN