Cari @ Amanz

Setiap tahun, Google memperkenalkan versi Android yang terkini – walaupun kebanyakkan peranti lama masih menggunakan versi Android yang lama. Untuk tahun 2016 ini, mereka dijangka akan memperkenalkan versi Android seterusnya, yang mana dikenali dengan nama kod Android N buat masa ini.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Android N dikatakan tidak akan menyertakan sokongan talam aplikasi – dan secara kasarnya, kita sudah dapat melihat implementasi pihak LG, Samsung dan sebagainya pada antaramuka mereka untuk penggunaan peranti tanpa talam aplikasi.

Kini, selain itu, Google turut dilihat akan memperkenalkan sedikit kemaskini pada antaramuka Android.

Salah satu perubahan yang dijangka akan diperkenalkan adalah pada talam notifikasi dan menu akses pantasnya.

Android N

Daripada paparan konsep yang diperlihatkan Android Police (yang mana berdasarkan apa yang telah mereka lihat), ia menunjukkan paparan talam notifikasi yang lebih kemas, dan pada masa yang sama menunjukkan info seperti nama aplikasi.

Disamping itu, pada bahagian menu akses pantas pula, Google dilihat akan menyertakan butang penyuntingan untuk membolehkan pengguna menyusun apa yang ingin dipaparkan dan sebaliknya. Pada Android 6.0 Marshmallow, perkara ini perlu diaktifkan melalui penggunaan System UI Tuner secara manual.

Google dijangka akan memperlihatkan Android N pada Google I/O yang akan diadakan dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd