iPad Pro Bersaiz 9.7-inci Akan Hadir Dengan Kamera 12-MP Serta Keupayaan Rakaman 4K

iPad Pro Bersaiz 9.7-inci Akan Hadir Dengan Kamera 12-MP Serta Keupayaan Rakaman 4K

Diterbitkan pada Mac 1, 2016 oleh .

Rakaman gambar atau video menggunakan tablet masih tidak begitu mesra pengguna, namun masih terdapat sejumlah pengguna yang menggunakannya untuk tujuan tersebut. Sehingga kini, sokongan kamera pada tablet boleh dikatakan pada keadaan asas sahaja, tetapi kini nampaknya pihak Apple ingin menyertakan sokongan rakaman 4K pada tablet akan datang mereka.

Mengikut desas-desus terkini, iPad Pro bersaiz 9.7-inci kelak dikatakan akan menyertakan kamera 12-megapixel – memperlihatkan peningkatan berbanding 8-megapixel yang digunakan pada iPad Pro 12.9-inci.

Dengan penggunaan sensor kamera yang lebih besar, ia dikatakan akan turut menyertakan sokongan rakaman video dalam bentuk 4K.

Ini mungkin membuatkan pihak Apple untuk memfokuskan sokongan fotografi pada iPad Pro ini kelak ketika pengenalannya.

Disamping sokongan fotografi, pihak Apple turut dijangka akan melengkapkan iPad Pro 9.7-inci ini dengan sokongan Apple Pencil untuk lakaran, dan juga Smart Keyboard untuk memudahkan pengguna membuat input menggunakannya.


TIPS & ULASAN