Kemas Kini 3.50 PlayStation 4 Membawa Fungsi Remote Play Untuk PC dan Mac
Artikel Berkaitan

Kemas Kini 3.50 PlayStation 4 Membawa Fungsi Remote Play Untuk PC dan Mac

Diterbitkan pada Mac 1, 2016 oleh .

Antara fungsi yang dimahukan pemilik PlayStation ialah sokongan Remote Play menggunakan PC dan nampaknya ianya semakin hampir menjadi realiti. PlayStation hari ini mengesahkan fungsi ini akan muncul di dalam kemas kini 3.50 yang akan datang. Sokongan Remote Play membolehkan komputer PC dan Mac memaparkan video permainan apabila anda tidak mempunyai TV untuk digunakan. Selain fungsi ini pemain boleh menetapkan status mereka sebagai offline ketika melakukan log masuk ke dalam konsol. K

PS4 - Remote Play

Kepada pengguna Dailymotion, penstriman terus ke laman ini turut akan diaktifkan. Ini adalah memberikan pilihan tambahan selain dari menggunakan Ustream, Twitch dan Youtube. Bagi yang gemar bermain dengan teman-teman, fungsi Play Together akan turut diperkenalkan. Ia akan memaparkan permainan apa yang sedang dimainkan oleh teman-teman anda secara automatik tanpa melihat senarai teman di atas talian sebelum ini. Ini membolehkan anda untuk bermain di atas talian dengan lebih mudah. Kesemua fungsi ini kecuali Remote Play akan diuji oleh pengguna Beta hujung minggu ini. Kepada pengguna lain, mereka harus menanti untuk kemas kini hadir dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN