Cari @ Amanz

Lanjutan daripada teaser Oppo R9 sebelum ini, kini sebuah lagi gambar baru hadir, memperlihatkan telefon pintar terbaru daripada Oppo berkenaan akan dilancarkan pada 17 Mac 2016 kelak.

Info berkenaan dengan Oppo R9 masih menjadi misteri buat masa ini. Namun, ia dikatakan akan menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi, dan pada masa yang sama menawarkan sokongan kamera yang baik.

Oppo R9

Teaser berkaitan Oppo R9 ini hadir selepas pihak Oppo mempertontonkan dua teknologi baru mereka pada MWC 2016 yang lepas. Satu daripadanya memfokuskan kepada teknologi sensor pintar untuk OIS yang mana pelarasan dan penstabilan imej dilakukan pada bahagian sensor dan bukannya pada bahagian lensa.

Pada masa yang sama, pihak Oppo turut mengatakan mereka dalam fasa terakhir ujian pengecasan pantas VOOC yang mampu mengecas penuh peranti dalam masa 15 minit.

Ia tidak diketahui sama ada kedua-dua teknologi baru ini akan hadir pada peranti Oppo R9 ini kelak, atau hanya satu daripadanya – atau tiada langsung.

Sama-sama kita nantikan tarikh 17 Mac untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh Oppo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd