Carian
TM : Pelayaran Web Antarabangsa Mungkin Sedikit Perlahan Berbanding Kebiasaan
March 2, 2016 Aman

Telekom Malaysia melalui laman Twitter mereka nampaknya telah mengeluarkan notis pada awal minggu ini, mengatakan terdapatnya masalah sambungan internet ke rangkaian antarabangsa – terutamanya dari Malaysia ke Amerika Syarikat dan Asia Utara.

Apakah masalah disebaliknya, sama ada berkaitan terputusnya kabel bawah tanah atau sebagainya tidak dikongsikan oleh pihak Telekom Malaysia. Malah, masih tiada kemaskini berkaitan dengan masalah berkenaan daripada Telekom Malaysia sehingga ke hari ini.

Teleko Malaysia sekadar mengatakan yang mana mungkin terdapat sedikit lengah masa ketika melayari web-web antarabangsa, terutamanya yang dihoskan di Amerika Syarikat.

Sekiranya ya terdapat masalah kabel yang terputus, maka ia akan mengambil masa beberapa hari untuk diperbaiki.

Bagi anda, adakah anda mengalami masalah lengah masa ketika melayari laman-laman antarabangsa, ataupun adakah ia seperti biasa sahaja buat masa ini?

Komen