Sedang Mencari Jam Tangan Pintar? Mungkin Anda Boleh Mencuba Honor Band Z1

Sedang Mencari Jam Tangan Pintar? Mungkin Anda Boleh Mencuba Honor Band Z1

Diterbitkan pada Mac 3, 2016 oleh .

Sama ada sedar atau tidak, jam tangan pintar kini menjadi salah satu trend kepada pengguna. Banyak jam tangan pintar yang tersedia di pasaran dan kebanyakannya membawakan harga yang tinggi, melampaui apa yang kita benar-benar mampu. Sekiranya anda mahu bertukar dan ingin menggayakan jam tangan pintar, mungkin kos merupakan satu faktor utama kerana jam tangan, secara peribadinya, lebih kepada kehendak dari keperluan. Honor, salah satu jenama yang semakin popular berikutan tawaran peranti menarik pada harga mampu milik kini turut menawarkan jam tangan pintar iaitu Honor Band Z1. Jam tangan ini juga mempunyai ciri-ciri menarik berbanding jam tangan pintar yang lain, dan berikut boleh menjadi sebab untuk membantu anda membuat keputusan membelinya.

Mesra Pelbagai Platform Dan Peranti

Jam tangan pintar perlu mempunyai beberapa fungsi asas yang boleh dilakukan sewaktu memakainya. Selain dari sekadar memberikan informasi berkenaan tarikh dan waktu, Honor Band Z1 boleh dihubungkan dengan peranti telefon pintar sama ada yang mempunyai sistem operasi Android, ataupun iOS. Apabila dihubungkan dengan peranti tersebut, notifikasi boleh dipaparkan pada Honor Band Z1 membolehkan anda melihat siapa yang menghubungi anda, atau mengirimkan SMS kepada anda, serta akan mengingatkan anda akan temujanji atau mesyuarat yang bakal berlaku sebentar lagi.

Rekabentuknya Yang Nipis

Huawei Honor Band

Salah satu dilema utama dalam memilih jam pintar adalah saiznya dan rekaannya. Sedar atau tidak, kebanyakan jam pintar yang direka seolah-olah menyasarkan pengguna lelaki, atau lebih mempunyai saiz yang besar, tidak sesuai dengan pergelangan tangan. Honor Band Z1 direka dengan mengambil bahasa rekaan Scandinavia, mengetengahkan bentuk yang nipis, minimalis tanpa sebarang butang yang diperlukan. Ini kerana peranti ini berinteraksi secara skrin sentuh. Ia juga dihiasi dengan kemasan ‘Brushed Aluminium’ disekitar paparan jam tangan menyerlahkan peribadi pemakai. Ia hadir pada tiga pilihan warna dan jika anda memilih warna hitam, masih terserlah kelelakian anda.

Mengesan Aktiviti Kecergasan

Huawei Honor Band

Sebagai jam tangan pintar, tidak sah jika penggunaanya hanyalah untuk memberikan notifikasi semata-mata. Jam tangan pintar seharusnya dapat melakukan lebih dari itu. Honor Band Z1 dapat mengesan aktiviti kecergasan pengguna tanpa memerlukan pengguna melakukan apa-apa. Secara kasarnya ia akan mengesan gerakan pengguna tanpa henti. Maklumat sebegini dapat dihantar ke peranti pengguna bagi tujuan pemantauan, yang sekaligus dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Jam ini boleh menyukat jumlah langkah yang telah dilakukan, aktiviti larian, dan juga kalori yang dibakar.

Meninjau Kualiti Tidur

Huawei Honor Band

Mungkin dahulu bukan satu trend untuk memakai jam ketika waktu tidur. Ia juga berkait rapat dengan faktor saiz jam tangan pintar yang besar, menyukarkan anda untuk tidur bersamanya. Masalah tersebut tidak akan dihadapi oleh pengguna Honor Band Z1 berikutan bentuknya yang nipis, tidak berat, dan sekaligus tidak mengganggu anda untuk memakainya ketika tidur.

Harga Berbaloi & Mampu Milik

Huawei Honor Band

Semua sebab-musabab diatas hanyalah kecil berbanding sebab terakhir ini. Wang dan belanjawan anda merupakan faktor terpenting dalam pembelian. Tiada gunanya jika berbelanja lebih dari RM 1,000 akan tetapi memiliki jam yang perlu kerap dicaj semula, berat dan tidak kena dengan selera anda. Honor Band Z1 dijual pada harga RM 259 (termasuk GST) dan pada harga ini, ia memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk mencuba memiliki jam tangan pintar buat pertama kali kerana harganya yang lebih mesra dengan dompet mahupun tabung anda.


Jam tangan yang kalis air dan debu dengan ketahanan IP68 ini boleh dibeli menerusi laman rasmi kedai atas talian Honor, iaitu Vmall.my dan pada harga RM 259 (termasuk GST) ia sememangnya pilihan yang baik sebagai jam tangan pintar pertama anda. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaannya, anda boleh ke halaman Facebook Honor Malaysia.

Beli: Honor Band Z1 di Vmall

Penafian: Advertorial oleh Honor


TIPS & ULASAN